Nasi Dagang merupakan masakan tradisional istimewa yang terkenal di Terengganu . Diperbuat daripada campuran beras siam dan beras pulut dan dimasak dengan santan kelapa, halia, bawang merah dan halba.
Nasi dagang Terengganu mempunyai sejarah asal usul yang dikaitkan dengan istana serta masyarakat nelayan di Kuala Terengganu.
| Nasi Dagang Kak Pah Batu Buruk |
Diceritakan suatu masa dulu masyarakat nelayan yang tinggal berhampiran istana di Kuala Terengganu akan mempersembahkan nasi dagang kepada istana Terengganu pada setiap sambutan hari raya Idil Fitri.
Diceritakan pada Zaman Al-Marhum Sultan Ismail menjawat jawatan Yang Dipertuan Agung, nasi dagang Mok Choh dari Kampung TanjungNesan Empat sering dihantar ke Istana Negara menggunakan perkhidmatan kapal terbang MAS ketika itu.
Tidak hairanlah hampir kesemua restoran nasi dagang yang istemewa terletak disekitar bandar Kuala Terengganu.
Jika ke Kuala Terengganu, anda boleh lawati antara restoran dan kedai makan yang menyediakan juadah nasi dagang ( klik sini )![]() |
| Dalam Masa 3 Jam Stok Sudah Habis ! |
Nasi Dagang Terengganu telah mendapat perhatian dari pelbagai media-massa dan media sosial.
TV3 tidak ketinggalan memberi pengiktirafan kepada keistimewaan dan keenakan citarasa nasi dagang Terengganu. Berikut anda boleh hayati liputan yang dibuat oleh TV3 tentang kehebatan nasi dagang Terengganu.
Nasi Dagang Terengganu tidak ketinggalan menyertai jualan di Malaysia Night yang telah diadakan di Trafalgar Squre di Kota London dan telah mendapat sambutan yang begitu hebat dari masyarakat tempatan di sana.
![]() |
| Nasi Dagang Kak Pah Di Kota London |
Kini Nasi Dagang Terengganu telah menuju puncaknya apabila Nasi Dagang Kak Pah telah berjaya di franchais oleh Ten Years Restoran.
Ini satu pengiktirafan yang tinggi bila "Nasi Dagang Terengganu" telah bergerak maju selangkah kehadapan setanding dengan perniagaan makanan berjenama besar yang lain.
Kini usahawan ini disamping menerima bayaran yuran permulaan daripada syarikat berkenaan, bayaran royalti atas jualan harian juga diterima sepanjang tempoh kontrak berjalan.
Jika anda berminat dengan perniagaan Nasi Dagang Terengganu yang berpotensi ini, kami boleh membantu membimbing kejayaan anda dengan memberi latihan dan tunjuk ajar cara-cara menyediakan judah nasi dagang dagang asli Terengganu secara yang sistematik dan tepat dan sedap.
Anda tidak lagi memerlukan masa 10-20 tahun untuk mampu menyediakan nasi dagang yang istemewa. Seterusnya anda boleh memulakan perniagaan nasi dagang secara restoran, franchais anda sendiri mahupun secara sejuk beku.
Hubungi :
Lot 14915 Taman Mengkuang Indah
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.
H/phone : 013-9389712 (call/sms/whatsapp)
Telefon : 09-6389500
Fax : 09-6389501
E-mail: wmkfood@gmail.com
Hubungi :
Lot 14915 Taman Mengkuang Indah
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.
H/phone : 013-9389712 (call/sms/whatsapp)
Telefon : 09-6389500
Fax : 09-6389501
E-mail: wmkfood@gmail.com

